Suara

Kita ini orang fizik sahaja, tiada berapa pandai akan peri bahasa falsafah, maka sukacita kita turunkan falsafah daripada sahabat kita, untuk ingatan sekelian yang ada.

" Boleh digambarkan ada 4 jenis suara yang bisa memberi ketenangan. Satu, suara alunan ayat2 suci Allah. Dua, suara hati yang mengajak kepada redho dan sangka baik. Tiga, suara lembut ibu yang memujuk dan empat, suara matang ayah yang mendidik dan menunjuk jalan. Grab dan pegang kemas2, insyaAllah hati akan segar sokmo. S.S."

Kelas Fizik Terakhir untuk SPM 2010

Asssalamu'alaikum,

Insya Allah, Kelas Fizik terakhir untuk SPM 2010 akan ada sebagaimana dijanjikan, seperti berikut:

Tarikh : 29 November 2010 (Isnin)
Masa : 2.30 - 4.00 petang
Tempat : Sekolah, tempat biasa
Sasaran : Batch SPM 2010
Kehadiran : Di alu-alukan, tanpa paksaan.
Pakaian : Berjurus, adat orang belajar.

Kandungan Perbincangan : Kertas 3 sahaja.

Bawa bersama Kertas 3 Peperiksaan Form 4, TOV, OTI1 dan Trial. Pembaris 30cm, pensel.

Sila datang pada masanya, untuk mengelakkan dari mengganggu rakan-rakan anda yang sedang khusyuk mendengar.

Che'Gu Fizik